Welcom to Internet Marketing Basic-Course contents

Thursday, October 22, 2009

Membaca & Mengamalkannya

Seperti kita ketahui, orang-orang yang berjaya itu kuat membaca. Begitu juga semua pemimpin dunia juga banyak membaca bahan ilmiah. Sinonim dengan perumpamaan 'All leaders are Readers'.. Kebanyakan pemimpin bukan sahaja kuat membaca malah kuat mempraktikkannya. Begitu juga dengan para jutawan dunia yang banyak membaca dan mempraktikkan segala teori-teori yang ada di dalam buku atau mana-mana medium pengetahuan.

Sehubungan itu, saya juga berpesan kepada diri saya dan juga para pengunjung blog rahsiaebiz untuk meneruskan usaha membaca dengan tekun serta mengamalkan apa yang telah diketahui dengan sepenuh hati.

Jangan baca saja tak mengamalkannya.. Ibarat pohon tanpa buah.. tiada hasil..

Sepertimana saya membaca banyak ebook dan rss reader berkaitan dengan teknik e-marketing yang terbaru kesemuanya telah dicuba, sama ada paid @ free technique sehinggalah kita sendiri akan mengetahui teknik mana yang paling berkesan dengan situasi semasa.

Satu lagi.. jangan kedekut untuk invest duit membeli bahan bacaan yang kaya dengan pengetahuan. Tidak kiralah sama ada beli buku, ebook, video, cd, personal coach atau lain-lain medium yang banyak knowledge. Setahu saya, jutawan siber macam Dr Irfan Khairi kuat membaca mengenai ilmu-ilmu kekayaan sejak berumur belasan tahun lagi. Mungkin bahan bacaan tersebut mencecah ratusan ribu ringgit..

Malah saya sendiri juga telah invest lebih daripada RM12,000 setahun untuk membeli resources dan ini bermakna setiap bulan lebih RM1,000 lebih untuk maintain pengetahuan saya ke depan berbanding orang lain. Saya rasa para jutawan lain lebih dari itu lagi.. Sebab sebagai usahawan, webmaster, designer, programmer, marketer seperti saya memerlukan banyak resources berbanding orang lain. Dari segi akses terhadap sumber ebook, video, software, web application dan lain-lain sebenarnya jauh lebih mahal. Semua ini mudah saja diperolehi sekiranya saudara tahu caranya.. Ia juga ilmu.. :)

Kebanyakan newbie silap mereka adalah takut untuk invest banyak duit terhadap resources. Ini akan membataskan kemampuan mereka...

Bagi saya, keperluan untuk bisnes perlu dirancang strategik.. Dari soal asas seperti pc/laptop, streamyx/broadband, software/web application, design/programming skills, marketing technique, financial management, risk management, crm, portfolios etc..

Semua ini memerlukan pengetahuan, jika saudara mahu tahu lebih cepat ilmu-ilmu keusahawanan internet maka belajarlah daripada mereka yang telah berjaya dalam bidang tersebut. Saya belajar dengan mentor dan banyak orang utk mempercepatkan pemahaman, ada short cut.. dan ada tips hebat..

Oleh itu teruskan membaca bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam ebiz ini. Ia amatlah mustahak sekali.. Selepas baca maka praktikkannya.. Jangan biar ilmu itu berhabuk terbiar sahaja.. rugi bila tidak dipraktikkan..

Jangan bataskan kemampuan saudara.. beranilah untuk lepasi 'limit' saudara sendiri dengan pelbagai cabaran yang mendatang secara cermat.. Jika masih berada di 'comfort zone' maka ia akan melesukan semangat 'adventure' kita seterusnya menjadi insan yang kurang berinspirasi dan bermotivasi..

Saya telah sediakan banyak resources mengenai motivasi ini dengan percuma. Banyak manfaatnya untuk kita semua. Saudara boleh lihat video-video motivasi di blog TipMotivasiDiri.Blogspot.Com yang memaparkan banyak tokoh motivator hebat Malaysia. Belajar melalui video juga salah satu cara mendapatkan ilmu dengan lebih cepat. Semoga kita akan lebih bermotivasi dan berimaginasi dengan lebih cemerlang !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers